Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihak berkuasa Australia telah berjaya merampas dadah heroin seberat 336 kilogram yang dibawa masuk menerusi kontena dari Malaysia ke Brisbane pada 13 Mac lalu.Menurut kenyataan Setiausaha Urusetia PDRM, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan mengenai kes terbabit.