Kerajaan memutuskan agar Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri (BKKA) kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah diawalkan pada 14 April depan.Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu kenyataan media pada Isnin, pembayaran itu diawalkan bagi meringankan beban penjawat awam dalam membuat persiapan menyambut syawal.