BERITA SEMASA 10 APRIL 2023
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) teliti aduan diterima berhubung kandungan video teaser hari raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.
Pihaknya terima tiga aduan orang awam terhadap video tular terbabit paparkan usahawan itu bersama penari latar berpakaian dan menari yang dikatakan secara tidak sopan dan tidak menghormati bulan Ramadan.
SKMM sedang teliti aduan terbabit dan sekiranya kandungan diadukan melanggar peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588), tindakan penguatkuasaan akan diambil.