Khazanah sah jual seluruh pegangan dalam Iskandar Malaysia Studios

2023-04-10 13

Syarikat tujuan khas milik penuh Khazanah Nasional Bhd, Granatum Ventures Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian penjualan saham definitif untuk menjual keseluruhan 100 peratus pegangannya dalam Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (IMS) kepada Studio Management Services Sdn Bhd (SMS) untuk menarik pelaburan asing serta membawa manfaat ekonomi dan sosial kepada Malaysia.