Kerajaan Sarawak diminta peruntukkan dana kecemasan khas

2023-04-07 3

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong Wong Ching Yong menyeru kerajaan sarawak memperuntukkan dana kecemasan khas sebanyak RM10 juta bagi membantu penduduk yang terjejas akibat ribut petir yang berlaku pada Rabu.

Wong berkata meskipun tiada angka kerugian yang jelas, boleh digambarkan bahawa kejadian berkenaan menyebabkan kerugian besar kepada penduduk dengan kebanyakan mangsa kini bimbang tentang kos membaiki kediaman mereka.
Sementara itu bagi peniaga di bazaar Ramadhan Sibu, pengalaman ribut kuat itu tidak boleh dilupakan.

Kejadian yang berlaku hampir setengah jam itu telah mengakibatkan semua barang perniagaan mereka berterbangan dan rosak.