Helah seorang lelaki menjual ganja di sebalik perniagaan lemang di depan rumah tumpas selepas diserbu polis pada Rabu.
Serbuan di tapak perniagaannya itu dibuat hasil intipan dan risikan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah.