Peniaga bazar Ramadan digalakkan membudayakan amalan kitar semula bagi mengurangkan sisa buangan yang setakat ini mencecah empat tan sehari. Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) terus komited beri penerangan kepada peniaga di bazar seliaan mereka.