Pindaan AUKU: Pelajar akan dapat kebebasan sepenuhnya

2023-04-06 3

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberi jaminan pelajar akan mendapat kebebasan sepenuhnya apabila penambahbaikan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 selesai.

Beliau berkata, ketika ini, beliau akan mendengar dan meneliti pandangan semua pemegang taruh yang terlibat dalam melaksanakan pindaan akta berkenaan.