KKM mahu bentang RUU berkaitan kawalan merokok dengan segera

2023-04-04 7

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhasrat membentangkan Rang Undang-Undang berkaitan kawalan produk merokok termasuk rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik dengan segera selewatnya pada bulan Mei 2023.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan akan mempergiatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok termasuk penggunaan rokok elektronik atau vape
dengan meneruskan pelaksanaan program pencegahan merokok dan intervensi berhenti merokok.