Kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata kerajaan bukan memilih jalan singkat semata-mata untuk meraih populariti sementara dan tinggalkan beban masalah kepada pimpinan lain di masa hadapan untuk diselesaikan.