Beberapa syarikat terkemuka dari China telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai hub serantau negara itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perincian akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
Beliau bercakap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.