BERITA SEMASA 3 APRIL 2023
Dewan Rakyat sekali lagi kecoh apabila Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun lalu mempertikaikan perkataan 'menteri bohong' yang disebut Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim dan meminta beliau menarik balik perkataan tersebut kerana melanggar peraturan dewan.
Bagaimanapun, Awang kekal mempertahankan kenyataannya dan menyifatkan kesalahan fakta yang dinyatakan berkaitan tanah rizab Melayu Kedah adalah berniat jahat dan berbohong.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong mempersoalkan bagaimana Awang boleh membuktikan menteri berniat untuk berbohong dan sekali lagi meminta Awang menarik balik kenyataan, dan minta keluar dewan sekiranya enggan selama sejam.
Artikel: https://go.sinar.la/40zzTTJ
#BeritaSemasa #DewanRakyat #SinarHarian