Kes SRC: Tak adil bagi Najib, silap peguam - Hakim

2023-03-31 13,644

Kes SRC: Tak adil bagi Najib, silap peguam - Hakim

BERITA SEMASA 31 MAC 2023

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli berkata tidak adil buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terpaksa membayar harga tinggi kepada peguam beliau namun gagal membela.

Abdul Rahman merupakan satu-satunya hakim menentang keputusan majoriti panel hakim, yang menolak rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu selaku pemohon untuk mendapatkan kebenaran menyemak sabitan, hukuman dan denda berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Ketika membaca keputusan penghakimannya, Abdul Rahman berkata, peluang itu ada ialah hanya melihat peguam tersebut berjuang untuk kepentingan dirinya, namun ia tidak berlaku ketika pendengaran rayuannya di Mahkamah Persekutuan tahun lepas.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian