Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya terhadap permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak semula keputusan mahkamah tertinggi negara sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.