Empat bot, 31 nelayan Vietnam ditahan curi hasil laut
BERITA SEMASA 26 MAC 2023
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan menahan empat bot dan 31 nelayan asing Vietnam dipercayai menjalankan aktiviti mencuri hasil laut negara menerusi dua operasi berasingan, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Operasi itu turut melibatkan rampasan berjumlah RM4.2 juta termasuk bot, peralatan navigasi, bekalan diesel 9,200 liter dan ikan 1,000 kilogram.
Pengarahnya, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, pada Isnin lalu bot ronda Maritim Malaysia telah berjaya melakukan dua tangkapan sekitar jam 3.45 dan 4 petang.
Artikel: https://bit.ly/42Hzu2X
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian