Guna istilah oposisi nampak 'lembut', bukan pembangkang: Shahidan
BERITA SEMASA 21 MAC 2023
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim sekali lagi meminta agar Dewan Rakyat mempertimbangkan penggunaan istilah oposisi dan bukannya pembangkang.
Menurutnya, konotasi pembangkang dilihat tidak sesuai kerana menunjukkan sifat yang suka membangkang.
Beliau turut mengambil contoh di negara jiran iaitu Indonesia, perkataan oposisi digunakan untuk wakil rakyat yang berperanan sebagai semak dan imbang.
#BeritaSemasa #SinarHarian