Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Seri Johari Abdul Ghani memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bagi sesi 2023-2026.
Wan Rosdy memperoleh undi tertinggi iaitu 126 diikuti Mohamed Khaled (115) dan Johari (109).