Petisyen PRU15 Parlimen Marang: Abdul Hadi, Exco Terengganu hadir ke mahkamah

2023-03-19 25,626

Petisyen PRU15 Parlimen Marang: Abdul Hadi, Exco Terengganu hadir ke mahkamah

BERITA SEMASA 19 MAC 2023

Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan ADUN Bukit Payong yang juga Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Terengganu bagi memberi keterangan berhubung Petisyen PRU15 Parlimen Marang, lapor wartawan Sinar Harian, Norhasfida Yatim.

Mohd Nor tampil ke mahkamah susulan waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu berikutan kegagalan beliau hadir untuk memberi keterangan bersabit kes itu pada Khamis lalu.

Pada 12 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu menolak bantahan awal yang dikemukakan Tan Sri Abdul Hadi untuk membatalkan petisyen keputusan PRU15 bagi Parlimen Marang yang difailkan calon BN.

Artikel: https://bit.ly/3JwDLxo

https://bit.ly/40AYuY3

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian

Free Traffic Exchange