SPRM jejak aset, wang haram sindiket di luar negara

2023-03-18 0

SPRM kini sedang menjejaki aset dan wang dipercayai berjumlah jutaan ringgit hasil kegiatan haram sindiket penipuan pelaburan antarabangsa, yang dilumpuhkan menerusi Operasi Tropicana pada Februari lalu. Usaha itu dijalankan dengan kolaborasi Bank Negara Malaysia dan badan penguatkuasa antarabangsa termasuk Interpol, National Crime Agency (NCA-United Kingdom), dan Federal Bureau of Investigation (FBI).