Cerita dalaman dicanang punca UMNO alami defisit kepercayaan: Zahid
BERITA SEMASA 17 MAC 2023
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa kemelesetan kepercayaan terhadap UMNO pada PRU15 berpunca akibat sikap segelintir ahli terutama kumpulan tidak sehaluan dengannya mencanang cerita dalaman parti kepada 'jiran tetangga'.
Tanpa menamakan kumpulan terbabit, jelasnya setiap parti mempunyai pergolakan dalaman tersendiri, namun tidak perlu dihebohkan kepada orang luar.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, cerita dalaman UMNO sama ada benar atau tidak benar banyak ditularkan.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian