Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bachok membuat laporan polis ke atas Ketua, Timbalan dan Bendahari UMNO Bahagian Bachok berhubung dakwaan penjualan aset bangunan milik UMNO bahagian berkenaan.
Mohd Hasparuddin Hanafi bersama bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Bachok membuat laporan polis di ibu Pejabat Polis Daerah Bachok jam 3 petang Khamis.