Dua pengarah didakwa salah guna harta syarikat

2023-03-14 0

Dua pengarah syarikat Revenue Group Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan salah guna harta syarikat mereka tanpa resolusi Ahli Lembaga Pengarah, enam tahun lalu.

Ng Shih Chiow dan Ng Shih Fang masing-masing berusia 50 dan 47 tahun pembuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.