Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan ketika ini tiada undang-undang yang membenarkan sumbangan kepada parti politik atas apa jua justifikasi. Bahkan, tindakan itu boleh didakwa dibawah undang-undang jenayah sedia ada.