Kementerian Kesihatan mendapati kadar pemindahan ginjal di Malaysia hanya lima orang setiap sejuta penduduk berbanding, 50 bagi setiap juta penduduk mampu dicapai di luar negara.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa, berkata pihaknya akan meningkatkan bilangan pemindahan ginjal atau buah pinggang di negara ini kerana kadarnya masih di tahap rendah berbanding negara lain.