Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan terus memastikan setiap individu patuh kepada undang-undang dan tidak terlepas daripada membayar cukai.
Menurutnya, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) layak diberikan kuasa untuk menjalankan siasatan terhadap mana-mana individu yang mengelak daripada menunaikan tanggungjawab itu, termasuk golongan kaya.