Lapan pekerja terperangkap tiga hari akibat banjir di Kota Tinggi
BERITA SEMASA 3 MAC 2023
Lapan pekerja wanita yang tinggal di premis tingkat atas bangunan sebuah pasar raya terperangkap tiga hari setelah terkandas dalam kejadian banjir di bandar Kota Tinggi, Johor sejak Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pekerja pasar raya itu terpaksa menghubungi bomba untuk meminta bantuan selepas air Sungai Johor bersebelahan pusat bandar melimpah dan menyebabkan laluan terputus pada pagi Jumaat.
Kesemua mereka diselamatkan pasukan Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi menggunakan trak bomba.
Artikel: https://bit.ly/3IP1eJQ
#BeritaSemasa #SinarHarian