Terperangkap tiga hari, tiga beranak nekad redah banjir di Johor
BERITA SEMASA 3 MAC 2023
Laluan keluar masuk kampung yang dilanda banjir tidak menghalang tiga sekeluarga dari Kampung Tembioh, Johor mendapatkan bekalan makanan, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Junaidi Hashim berusia 41 tahun itu bersama dua anaknya berjalan kaki dan menaiki basikal meredah hujan ke sebuah pasar raya yang terletak tujuh kilometer untuk membeli makanan selepas terperangkap hampir tiga hari di rumah mereka.
Menurut Junaidi, rumahnya tidak dinaiki air banjir namun mereka tidak dapat keluar kerana laluan ke pusat bandar ditenggelami air sepenuhnya.
Artikel: https://bit.ly/3Ywqn21
#BeritaSemasa #SinarHarian