Penduduk Kota Tinggi diarah pindah, air dijangka naik
BERITA SEMASA 3 MAC 2023
Orang ramai diminta berpindah segera ke pusat pemindahan sementara memandangkan trend air terus menunjukkan peningkatan di kawasan bandar Kota Tinggi, Johor, laporan wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Sejak Rabu, Kota Tinggi menerima taburan hujan agak tinggi menyebabkan paras air Sungai Johor di kawasan bandar meningkat dan melimpah.
Sementara itu, sumber Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
Artikel: https://bit.ly/3yqkBEx
#BeritaSemasa #Banjir #SinarHarian