Padah curi seluar dalam, buruh binaan didenda RM2,400

2023-03-02 2

Padah curi seluar dalam, buruh binaan didenda RM2,400

BERITA SEMASA 2 MAC 2023

Tindakan seorang buruh binaan mencuri seluar dalam wanita bewarna merah jambu dan hitam minggu lepas, mengundang padah apabila dia didenda RM2,400 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.

Liew Chee Hong, 45, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Chee Hong dituduh mencuri dua seluar dalam berwarna merah jambu dan hitam milik seorang wanita berusia 23 tahun secara tanpa izin di Jalan Mahogani, Bandar Sri Damansara pada jam 6 petang, 23 Februari.

Artikel: https://bit.ly/3KNKzZO

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian




Free Traffic Exchange