Jambatan Bailey akan dibina di Felda Selancar

2023-03-01 0

Jambatan Bailey akan dibina di Felda Selancar, Rompin selepas laluan utama ke kawasan tanah rancangan terbabit runtuh awal pagi Rabu akibat banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyediakan peruntukan bagi membina jambatan berkenaan.