Belanjawan 2023: Anwar bersongket menuju ke Parlimen

2023-02-24 18,151

Belanjawan 2023: Anwar bersongket menuju ke Parlimen

MOJO LIVE 24 FEBRUARI 2023

[MOJO LIVE] Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari bangunan Perbendaharaan menuju ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2023, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

Segak berbaju Melayu berona biru muda, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Kementerian Kewangan jam 3.07 petang menuju ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2023.

Pembentangan Belanjawan 2023 merupakan penampilan Anwar kali kedua selepas 26 tahun ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kewangan pada 1997.

Artikel: https://bit.ly/41lpuvJ

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Belanjawan2023