'Setia menunggu kepulangan ayah'

2023-02-25 1

'Setia menunggu kepulangan ayah'

BERITA SEMASA 25 FEBRUARI 2023

Anak sulung kepada jemaah umrah dari Batu Pahat yang hilang pada Disember tahun lalu, masih berharap kepulangan ayahnya itu, meskipun usaha pencarian di Tanah Suci yang dilakukan sebelum ini masih gagal menemui ayah, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Muhammad Nabil dan adiknya Muaz berangkat ke Makkah pada 20 Januari lalu untuk mencari ayah Musthafa Kamal Abdullah dan pulang ke tanah air pada 1 Februari.

Bercerita tentang pencarian ayahnya itu, Muhammad Nabil menjelaskan selama dua minggu berada di Tanah Suci, usaha pencarian turut dibantu rakyat Malaysia yang menetap di sana, pihak agensi umrah dan edaran poster.

Artikel: https://bit.ly/3KBKM2k

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa