Tash Yong tanggal tudung sebab iman tak kuat… “Takut nak jawab soalan ni”

2023-02-21 272

PELAKON Tash Yong menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh keputusannya untuk tidak lagi berhijab adalah disebabkan kurang tawaran dalam dunia seni.

Kata Tash atau Nur Natasha Shazlia Rosli, 33, sejak awal pembabitan dalam dunia seni, populariti bukan yang menjadi keutamaan dan tidak mungkin sengaja mahu mencipta kontroversi demi meraih perhatian.

"Saya sudah lama berada dalam industri... lebih 10 tahun rasanya. Saya tidak pernah nak kejar populariti dan berlakon ini adalah sesuatu yang saya minat. Jadi tak timbul isu saya buka tudung disebabkan tiada tawaran kerja atau nak popular.

"Kalau betul nak buat kontroversi, dari dahulu saya boleh buat macam-macam cerita.

"Keputusan membuka tudung ini adalah disebabkan diri sendiri. Bukan pengaruh sesiapa atau disebabkan kerja. Ini adalah apa yang saya mahukan," katanya kepada mStar.

Mula dilihat tidak lagi memakai hijab sejak awal Februari lalu, Tash akui sering menerima kecaman di media sosial sehingga ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat terhadap dirinya.

Free Traffic Exchange