Saksi tidak pernah curiga Jho Low penasihat Najib

2023-02-09 7,908

Saksi tidak pernah curiga Jho Low penasihat Najib

BERITA SEMASA 9 FEBRUARI 2023

Bekas Pengurus Perhubungan AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa dia tidak pernah curiga dengan jawatan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low sebagai penasihat Datuk Seri Najib Tun Razak.

Joanna Yu Ging Ping berkata demikian dalam prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram, dana 1MDB, membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Dalam perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, saksi pendakwaan ke-41 itu berkata, dalam beberapa pertemuan di pejabat 1MDB, beberapa pegawai kanan syarikat pelaburan strategik negara sering merujuk Jho Low sebagai ‘boss’ manakala Najib ‘big boss’.

Artikel: https://bit.ly/3DTwMfW

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Najib