Bersatu tak ambil dana RM92.5 bilion: Muhyiddin
BERITA SEMASA 2 FEBRUARI 2023
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Bersatu tidak menerima sebarang wang daripada dana Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM92.5 bilion seperti yang didakwa.
Bagaimanapun, katanya Bersatu mengulangi pendirian untuk memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah bagi melengkapkan siasatan berhubung pembekuan akaun parti itu.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, partinya juga percaya SPRM akan menjalankan siasatan dengan penuh integriti.
Semalam, Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam baki memaklumkan terhadap pembekuan beberapa akaun milik Bersatu bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.
Artikel: https://bit.ly/3WRCSUZ
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian