BULETIN TIKTOK 31 JANUARI 2023
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati perjuangan reformasi susulan pelantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berdepan kes mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan terkini melantik anaknya Nurul Izzah jadi penasihat kanan beliau.
Ramai pihak turut mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan itu melanggar prinsip moral kerana sebelum ini beliau kerap mengkritik pentadbiran terdahulu yang mengamalkan kronisme dan nepotisme.
Malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin juga berkata pelantikan itu jelas merosakkan imej kerajaan ketika ini.
Muzik: Artlist.co
Artikel: https://bit.ly/3jnfqB1
#BuletinTikTok #SinarHarian