Ramai kritik, PM pertahan kelayakan Nurul Izzah

2023-01-30 2

Ramai kritik, PM pertahan kelayakan Nurul Izzah

BULETIN TIKTOK 30 JANUARI 2023

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan kelayakan anaknya Nurul Izzah untuk menjadi penasihat beliau dalam soal ekonomi dan kewangan.

Bagaimanapun, ramai yang mempertikaikan pelantikan tersebut kerana mendakwa tindakan itu akan mengundang kritikan kepada Perdana Menteri sendiri.

Antaranya, Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman Pusat berkata jawatan tersebut patut diberikan kepada individu tidak memiliki ikatan kekeluargaan.

Selain itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Dr Azmil Tayeb pelantikan Nurul Izzah `berbau’ nepotisme.

Artikel: https://bit.ly/40edFXp

Muzik: Artlist.co

#BuletinTikTok #SinarHarian