Lelaki tertidur ketika ceroboh rumah didakwa
BERITA SEMASA 26 JANUARI 2023
Lelaki yang menceroboh masuk sebuah rumah sebelum tertidur akibat mabuk dalam kejadian di Jempol Isnin lalu dihadapkan ke Mahkamah Jelebu pada Khamis.
Tertuduh, B Raman, 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati menceroboh masuk sebuah rumah di Taman Tanjung Bunga, Bahau Jempol dengan niat melakukan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang pada jam 6.30 pagi, 23 Januari lalu.
Artikel: https://bit.ly/3DhwDTv
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa