Enam beranak redah banjir ke PPS
BERITA SEMASA 25 JANUARI 2023
Enam beranak terpaksa meredah air sedalam 1.5 meter ke PPS selepas kediaman mereka di Kampung Perpat Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor dinaiki banjir pada malam Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Samsiah Abdul Kadir, berkata, bimbang dengan keselamatan keluarga apatah lagi empat orang anaknya masih kecil, dia dan suami Yusri Ahmad Sanusi, tidak menunggu lama untuk berpindah ke PPS selepas air mula naik pada jam 7 malam.
Jumlah mangsa banjir di negeri itu terus bertambah kepada 4,368 orang membabitkan 1,218 keluarga yang ditempatkan di 46 PPS setakat jam 4 petang.
Artikel: https://bit.ly/3WGYgMq
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa