Siti Bainun menangis, semua peguam tarik diri

2023-01-17 7,269

Siti Bainun menangis, semua peguam tarik diri

BERITA SEMASA 17 JANUARI 2023

Tindakan dua peguam menarik diri di saat akhir semasa prosiding bela diri kes mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Bella menyebabkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menangis di kandang saksi di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Siti Bainun dilihat mengesat air mata ketika Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan mahkamah telah menerima notis penarikan diri daripada peguam, Asiah Jalil dan Nurul Hafidzah Hassan pada jam 9 malam, Isnin.

Dengan penarikan dua peguam itu, ini menjadikan kesemua peguam dari lima firma, tidak lagi mewakili wanita itu dalam prosiding bela dirinya.

Artikel: https://bit.ly/3QRLlGk

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti