Suami isteri jadikan rumah stor simpan dadah diberkas

2023-01-10 1

Suami isteri jadikan rumah stor simpan dadah diberkas

BERITA SEMASA 10 JANUARI 2023

Kegiatan pengedaran dadah didalangi suami isteri yang menjadikan rumah dan kereta sebagai transit stor penyimpanan terbongkar selepas dicekup polis di rumah mereka di Taman Aman, Senai, Johor Bahru, Johor pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata penahanan pasangan suami isteri berusia 34 dan 30 tahun itu hasil daripada Op Khas yang dijalankan sekitar Kulai dan Iskandar Puteri bermula pada Sabtu hingga Selasa.

Katanya, dadah dianggarkan bernilai RM362,022 dirampas selain 11 lagi suspek ditahan menerusi empat serbuan berasingan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Johor.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3QuIgM1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti