Bekas penyelia ladang tak mengaku pedagang 5 beranak
BERITA SEMASA 10 JANUARI 2023
Seorang bekas penyelia ladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Selasa atas pertuduhan memperdagangkan lima beranak sebagai buruh paksa di sebuah ladang di Jempol antara tahun 2008 hingga 2021.
Tertuduh, L Jayaseelan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh telah memperdagangkan S Veerasamy dan isteri A K Rajeswarii serta dua anak V Shasikala, V Anbarasi dan menantu P Aridasan, bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa ladang untuk menyelesaikan hutang.
Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3VZUJZd
Muzik: Elevate dari www.bensound.com