BERITA SEMASA 5 JANUARI 2023
Seorang peniaga warung dihukum penjara 15 tahun dan 19 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dan seks luar tabii terhadap anak tiri yang ketika itu berusia 12 tahun, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh berusia 38 tahun itu selepas membuat pengakuan bersalah terhadap tujuh pertuduhan.
Mengikut enam pertuduhan, tertuduh melakukan persetubuhan dengan anak tirinya yang kini berusia 14 tahun di dua lokasi berasingan di Jempol antara 1 Januari 2021 hingga 10 Disember 2022.
Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3IuGJnc
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian