Reman lima suspek dera budak disambung
BERITA SEMASA 31 DISEMBER 2022
Mahkamah Majistret Batu Pahat melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap lima suspek yang dipercayai terlibat mendera kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sehingga mati di Senggarang, Batu Pahat, Johor hingga 7 Januari depan.
Majistret Siti Zubaidah Mahat membenarkan perintah sambungan reman berkenaan terhadap kelima-lima suspek termasuk kakak mangsa setelah permohonan dibuat oleh Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Shafiq Mohd Salleh.
Isnin lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail, setelah tidak sedarkan diri di sebuah rumah di Kampung Sri Pantai Senggarang, Batu Pahat, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Artikel: https://bit.ly/3I0YBGa
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa