Muhyiddin bersuara isu penyokong PN ‘disekat’
BULETIN TIKTOK 27 DISEMBER 2022
Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak berwajib tidak mengambil tindakan terhadap pendakwah termasuk ahli jawatankuasa (AJK) masjid hanya kerana berlainan fahaman politik.
Menurutnya, pihak berwajib yang mentadbir urusan agama Islam tidak seharusnya mengekang penyebaran dan pengajaran Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jemaah secara ketat sehingga menafikan orang Islam menimba ilmu di tempat perhimpunan.
Muhyiddin juga menegaskan, pengurusan masjid yang memilih AJK secara demokratik oleh ahli kariah tidak harus dipolitikkan dengan menafikan jemaah Islam menguruskan masjid mereka sendiri.
Artikel: https://bit.ly/3PWyl1v
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa