Kereta langgar lampu merah terbakar selepas dilanggar

2022-12-26 18,723

Kereta langgar lampu merah terbakar selepas dilanggar

BERITA SEMASA 26 DISEMBER 2022

Padah melanggar lampu isyarat merah, sebuah kereta dirempuh sebelum terbakar di simpang empat lampu isyarat, Jalan Sungai Ujong, berhadapan sebuah bangunan di Seremban, Negeri Sembilan pada Ahad.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian pada jam 10.45 malam itu membabitkan dua kenderaan, iaitu sebuah kenderaan keluaran tempatan dan sebuah kenderaan jenama mewah.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenama tempatan dari arah Sungai Ujong menuju ke arah Seremban dipandu lelaki berusia 45 tahun bertindak melanggar lampu isyarat merah dengan terus membelok ke kanan simpang.

Artikel: https://bit.ly/3I22QBf

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa

Free Traffic Exchange