BERITA SEMASA 21 DISEMBER 2022
Ban banjir di Kuala Teluk, Kampung Lachang di Rantau Panjang, Kelantan yang pecah pada petang Selasa dijangka akan membanjiri kawasan Tumpat bila-bila masa sahaja, lapor Wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Susulan itu penduduk di sepanjang Sungai Golok diminta untuk bersiap sedia berpindah ke pusat pemindahan sementara.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kelantan, Kamal Mustapha berkata, penduduk di kawasan Tumpat terutama di Kampung Bendang Pak Yong, Simpangan, Naga Ibu dan kawasan sekitar diingatkan supaya bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan bermula sekarang.
Artikel: https://bit.ly/3Wdot60
#BeritaSemasa #SinarHarian