6 negeri belum bubar perlu buat PRN serentak
BERITA SEMASA 8 DISEMBER 2022
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berpendapat adalah lebih baik enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri mengadakan Pilihan Raya Negeri secara serentak iaitu selepas habis penggal tahun hadapan, Lapor wartawan Sinar Harian Norafidah Assan.
Jelasnya, pembubaran DUN secara serentak di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan adalah wajar bagi memudahkan pengundi mendapatkan cuti selain memastikan kos untuk mengadakan PRN di kesemua negeri itu tidak terlalu tinggi.
Tambah beliau, kesemua nampak bersetuju untuk membubarkan DUN bersama dan Itu antara yang dibincangkan secara tidak rasmi ketika bertemu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang terbaru ini.
Artikel: https://bit.ly/3BkH3R7
#BeritaSemasa #SinarHarian