Seleweng RM600b: PN cabar Anwar tunjuk bukti

2022-12-07 2,246

BULETIN TIKTOK 7 DISEMBER 2022

Dua tiga hari ni kecoh betul mengenai dana judi untuk biaya kempen dan dakwaan penyelewengan RM600 bilion.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya bahawa PN mengunakan dana judi untuk membiayai kempen PRU15 malah bekas perdana menteri itu juga sedia disiasat jika benar dakwaan bahawa beliau menyeleweng dana RM600 bilion.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri amaran kepada Tan Sri Muhyiddin supaya jangan cabar kerajaan berhubung isu seleweng dana RM600 bilion.

Tegasnya memang wujud beberapa prosedur tidak dipatuhi dalam perbelanjaan dana berkenaan yang dibuat semasa PKP.

Muzik: Artlist.co

Artikel: https://bit.ly/3VYOKEE

#BuletinTikTok #SinaraHarian