Petroliam Nasional Berhad Malaysia (PETRONAS) dan Syarikat Minyak Nasional Abu Dhabi (ADNOC) pada isnin memeterai perjanjian bersejarah untuk meneroka dan menilai sumber minyak konvensional Blok 1 Unconventional Onshore. Perjanjian enam tahun itu adalah pelaburan pertama oleh syarikat dari Malaysia dalam konsesi Abu Dhabi dan meneroka kawasan meliputi 2,000 km persegi di wilayah Al Dhafra di Abu Dhabi.